Adat Berpantang Selepas Bersalin Kaum Melayu dan Adat Berpantang Selepas Bersalin Kaum India

5.0       DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini menerangkan analisis data berdasarkan demografi responden terhadap adat selepas bersalin dan perbandingan adat selepas bersalin bagi kaum Melayu dan kaum India di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru.
            5.1       Demografi Responden
                        5.1.1    Umur
                                    Jadual 1 menunjukkan pecahan umur responden daripada kalangan penduduk di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru.
Umur
Kekerapan
Peratus (%)
Bawah 20 tahun
1
3
21 hingga 30 tahun
5
17
31 hingga 40 tahun
4
13
41 hingga 50 tahun
12
40
50 tahun ke atas
8
27
Jadual 1 : Umur Responden
Rajah 1 : Umur Reasponden
Jadual 1 menunjukkan demografi responden daripada kalangan penduduk di Kampung Aman. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 1 orang yang berumur lingkungan bawah 20 tahun bersamaan 3.33%. Bagi responden yang berumur 21 hingga 30 tahun pula mencatatkan seramai 5 orang bersamaan dengan 16.67% dan responden yang berumur 31 hingga 40 tahun seramai 4 orang bersamaan dengan 13.33%. Daripada 30 orang responden, seramai 12 orang yang berumur lingkungan 41 hingga 50 tahun iaitu bersamaan dengan 40% dan 8 orang yang berumur lingkungan 50 tahun ke atas bersamaan dengan 26.67%.
5.1.2    Bangsa
                                    Jadual 2 menunjukkan pecahan bangsa responden daripada kalangan penduduk di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru.
Bangsa
Kekerapan (orang)
Peratus (%)
Melayu
15
50
India
15
50
Jadual 2 : Bangsa Responden
Rajah 2 : Bangsa Responden
Jadual 2 menunjukkan demografi responden daripada kalangan penduduk di Kampung Aman. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 15 orang yang berbangsa Melayu bersamaan dengan 50% dan selebihnya berbangsa India juga seramai 15 orang bersamaan dengan 50%.
                       

5.1.3    Agama
                                    Jadual 3 menunjukkan pecahan agama responden daripada kalangan penduduk di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru.
Agama
Kekerapan (orang)
Peratus (%)
Islam
15
50
Hindu
13
43
Buddha
0
0
Lain-lain
2
7
Jadual 3 : Agama Responden
Rajah 3 : Agama Responden
Jadual 3 menunjukkan demografi responden daripada kalangan penduduk di Kampung Aman. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 15 orang beragama Islam iaitu bersamaan dengan 50%. Selain itu, bagi responden yang beragama Hindu pula seramai 13 orang bersamaan dengan 43%. Didapati bahawa antara 30 orang responden yang telah disoal selidik, tiada di antara mereka yang beragama Buddha iaitu bersamaan dengan 0%. Terdapat juga responden yang menganut agama selain yang dinyatakan iaitu agama Kristian. Seramai 2 orang yang menganut agama ini bersamaan dengan 6.67%.


5.1.4    Status Perkahwinan
                                    Jadual 4 menunjukkan pecahan status perkahwinan responden daripada kalangan penduduk di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru.
Status Perkahwinan
Kekerapan (orang)
Peratus (%)
Berkahwin
26
87
Janda
4
13
Jadual 4 : Status Perkahwinan Responden
Rajah 4 : Status Perkahwinan Responden
Jadual 4 menunjukkan demografi responden daripada kalangan penduduk di Kampung Aman. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai 24 orang responden yang telah berkahwin bersamaan dengan 86.67%. Selain itu, terdapat juga responden yang berstatus janda iaitu seramai empat orang bersamaan dengan 13.33%.
                       





5.1.5    Pekerjaan
                                    Jadual 5 menunjukkan pecahan pekerjaan responden daripada kalangan penduduk di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru.
Pekerjaan
Kekerapan (orang)
Peratus (%)
Sendiri
3
10
Kerejaan
7
23
Swasta
9
30
Tidak bekerja
10
34
Pesara
1
3
Jadual 5 : Pekerjaan Responden
Rajah 5 : Pekerjaan Responden
Jadual 5 menunjukkan demografi responden daripada kalangan penduduk di Kampung Aman. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai tiga orang responden yang bekerja sendiri bersamaan dengan 10%. Bagi responden yang bekerja di sektor kerajaan dan sektor swasta masing- masing mencatatkan seramai tujuh orang bersamaan denga 23.33% dan sembilan orang bersamaan dengan 30%. Bagi responden yang tidak bekerja pula seramai 10 orang bersamaan dengan 33.33% manakala responden yang telah bersara ialah seramai seorang bersamaan dengan 3.33%



5.2       Mengenalpasti Adat Selepas Bersalin bagi Kaum Melayu dan Kaum India
                        5.2.1    Kaum Melayu
Bil.
Mengenalpasti Adat Selepas Bersalin Yang Diamalkan oleh Kaum Melayu dan Kaum India
Informan 1
Informan 2
1.
Apakah adat yang dilakukan selepas kelahiran bayi?
Adat yang dilakukan selepas kelahiran bayi ialah seperti memberi nama, menanam tembuni, mandikan bayi, membelah mulut, khatan bagi bayi lekaki, sunat dan tindik bagi bayi perempuan, cukur jambul, dan berpantang bagi kaum ibu.
Antara adat yang dilakukan ialah azan kepada bayi, tanam uri, berpantang bagi si ibu, mandikan bayi, membelah mulut, jejak tanah, naik buai, potong jambul, tindik dan sunat bagi bayi perempuan, khatan bagi bayi lelaki, dan memberi nama.
2.
Apakah yang dilakukan semasa memberi nama kepada bayi?
Nama diberi mengikut Sunnah Nabi. Nama mesti membawa maksud yang baik. Nama diberikan selepas tujuh hari kelahiran bayi
Nama yang diberi mempunyai makna yang baik. Nama diberikan selepas tujuh hari kelahiran bayi.
3.
Seterusnya, apakah dilakukan sebelum, semasa dan selepas menanam uri?
Uri perlu dibasuh menggunakan asam dan garam sehingga betul-betul bersih. Uri akan dimasukkan ke dalam periuk tanah bersama barang lain. Periuk tanah dibalut dengan kain putih dan ditanam seelok-eloknya di hadapan rumah. Semasa proses penanaman, si penanam perlu membaca ayat-ayat tertentu daripada Al-Quran.
Uri perlu dibawa balik ke rumah dan dibasuh. Uri perlu dibersihkan menggunakan asam dan garam di atas kain putih. Uri akan diletakkan di dalam periuk tanah bersama-sama dengan barang lain dan periuk tersebut akan dibungkus dengan kain putih. Bungkusan itu sebaiknya ditanam oleh bapa bayi dn ditanam di hadapan rumah. Uri itu juga sebaiknya ditanam pada siang hari. Pada waktu malam, pelita akan dinyalakan berdekatan dengan tempat uri itu ditanam.
4.
Saya difahamkan semasa membelah mulut, mulut bayi akan disapukan dengan madu. Adakah benar kenyataan itu?
Ya, Selain madu, terdapat juga tiga bahan lain iaitu lada, asam dan garam. Setiap bahan ini perlu disapukan ke mulut bayi sebanyak tiga kali. Setiap bahan yang disapu membawa sebab tertentu
Ya. Terdapat juga beberapa barang sampingan lain seperti lada, asam, garam, cincin emas bagi perempuan dan cincin suasa bagi lelaki. Adat ini dilakukan oleh orang yang alim dan berakhlak mulia. Doa dan selawat dibaca semasa menyapu bahan tersebut ke mulut bayi.
5.
Baiklah. Bagaimana pula dengan adat berkhatan, sunat dan bertindik?
Adat berkhatan dahulu dilakukan ke atas bayi lelaki. Bayi dikatakan perlu berpantang semasa tempoh selepas berkhatan. Sunat pula dilakukan kepada bayi perempuan. Tiada adat yang khusus semasa sunat ini dilakukan. Bertindik juga dilakukan ke atas bayi perempuan. Adat ini dilakukan menggunakan jarum, benang dan kunyit.
Khatan untuk bayi lelaki biasanya dilakukan oleh doktor. Tiada majlis khas diadakan semasa khatan dilakukan. Bayi perempuan akan menjalani adat bertindik dan sunat. Tindik memerlukan jarum, benang dan kunyit. Tindik ke atas bayi biasanya dilakukan oleh bidan yang menjaganya. Sunat dilakukan ke atas bayi perempuan dengan tujuan menjadikan diri bayi itu lebih bersih dalaman dan luarannya.
6.
Boleh terangkan tentang adat cukur atau potong rambut?
Rambut yang dicukur akan ditimbang dan dibandingkan dengan harga emas. Duit dari harga emas itu akan disedekahkan kepada anak yatim. Rambut itu seterusnya ditanam berhampiran dengan pokok pisang.
Cukur rambut atau nama lainnya cukur jambul ini biasanya dilakukan oleh orang yang lebih tua. Rambut yang dipotong akan ditimbang dan dibandingkan dengan berat dan harga emas. Harga emas tersebut akan disedekahkan kepada anak yatim. Rambut itu seterusnya ditanam.
7.
Benarkah bayi akan dimandikan dengan cara yang khusus?
Bayi akan dimandikan dengan air suam. Bayi akan diperdengarkan dengan nyanyian berupa doa kepada bayi tersebut.
Bayi akan dimandikan dengan air suam. Semasa bayi dimandikan, ada nyanyian khas yang nyanyikan oleh bidan yang memandikan bayi itu.
8.
Apakah yang dilakukan semasa ibu berpantang?
Ibu akan berpantang selama 40 hari. Ibu perlu menjalani beberapa proses seperti bertangas, memakai bengkung, dan menyapu pilis.
Ibu akan menjalani cara yang khusus seperti bertangas, mengurut, makan jamu dan memakai bengkung. Ibu perlu berpantang selama 40 sehingga 44 hari.
Jadual 6 : Kaum Melayu


Jadual 6 menunjukkan pendapat dan jawapan informan yang telah ditemuramah oleh pengkaji bagi mengenalpasti adat selepas bersalin yang diamalkan oleh kaum Melayu. Pengkaji telah menemuramah dua orang wanita iaitu informan 1 dan informan 2. Informan 1 menyatakan adat yang dilakukan selpa bersalin ialah pemberian nama kepada bayi, menanam tembuni, membelah mulut, khatan bagi bayi lekaki, sunat dan tindik bagi bayi perempuan, cukur jambul, dan berpantang bagi kaum ibu.Informan 2 juga menyatakan pendapat yang sama. Akan tetapi, informan 2 berpendapat bayi akan diazankan oleh bapa bayi sebaik sahaja bayi keluar dari rahim ibu. Informan 2 juga menyatakan bahawa terdapat adat sampingan seperti adat naik buai dan jejak tanah. Kedua-dua informan sebulat suara mneyatakan setiap adat dan perkara yang dilakukan selepas bersalin mempunyai makna dan sebab tertentu.
            Aspek pertama ialah pemberian nama. Informan 1 berpendapat nama diberi mengikut Sunnah Nabi. Nama mesti membawa maksud yang baik. Nama diberikan selepas tujuh hari kelahiran bayi. Elakkan daripada memberi gelaran yang buruk maknanya kepada bayi kerana akan memberi kesan yang buruk pada masa akan datang. Bagi informan 2 pula, nama yang diberi mempunyai makna yang baik dan diberikan selepas tujuh hari kelahiran bayi. Nama ialah doa yang berpanjangan bagi bayi tersebut. Oleh kerana itu, nama yang diberi kepada bayi perlu mempunyai makna yang baik. Nama juga dikatakan akan melambangkan keperibadian bayi itu pada masa akan datang.
            Bagi proses menanam uri, informan 1 menyatakan uri perlu dibasuh menggunakan asam dan garam sehingga betul-betul bersih. Uri akan dimasukkan ke dalam periuk tanah bersama barang lain. Antara barangnya ialah lada hitam, buah keras, bawang putih tunggal, bawang merah tunggal, paku dan jarum. Barang ini bertujuan supaya bayi akan berkemahiran seperti bertukang dan panda menjahit apabila sudah besar. Periuk tanah akan dibalut dengan kain putih dan ditanam seelok-eloknya di hadapan rumah. Tujuan uri ditanam di hadapan rumah supaya bayi tidak malu untuk berjumpa dengan orang dan lebih berkeyakinan apabila sudah besar. Semasa proses penanaman, si penanam perlu membaca ayat-ayat tertentu daripada Al-Quran seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak dan Surah An-Nas. Informan 2 pula berpendapat uri perlu dibawa balik ke rumah dan dibasuh. Uri perlu dibersihkan menggunakan asam dan garam di atas kain putih. Uri akan diletakkan di dalam periuk tanah bersama-sama dengan barang lain seperti jarum, paku, kain perca dan surat kiriman dengan tujuan bayi akan pandai menjahit, pandai bertukang dan belajar di luar negeri apabila sudah besar. Akan tetapi, informan 2 menyatakan perkara ini sebenarnya khurafat dan tidak perlu dilakukan. Periuk tanah yang berisi uri akan dibungkus dengan kain putih. Bungkusan itu sebaiknya ditanam oleh bapa bayi dan ditanam di hadapan rumah. Uri itu juga sebaiknya ditanam pada siang hari. Pada waktu malam, pelita akan dinyalakan berdekatan dengan tempat uri itu ditanam dengan tujuan seperti mana terangnya pelita itu, maka teranglah masa depan bayi tersebut.
            Membelah mulut atau nama lainnya bertahniq merupakan aspek seterusnya. Informan 1 menyatakan madu, lada, asam dan garam akan digunakan semasa upacara ini dilakukan. Setiap bahan ini perlu disapukan ke mulut bayi sebanyak tiga kali. Madu dikatakan supaya bayi tersebut akan bertutur secara manis dan sopan. Lada pula bertujuan supaya kelak bayi tersebut akan menggunakan kata-kata yang memberikan kesan yang mendalam kepada pendengar. Asam dan garam dikatakan supaya apa yang diucap oleh bayi tersebut akan terjadi seiring dengan simpulan bahasa mulut masin. Informan 2 pula madu dan beberapa barang sampingan lain seperti lada, asam, garam, cincin emas bagi perempuan dan cincin suasa bagi lelaki dgunakan semasa melaksanakan adat ini. Adat ini dilakukan oleh orang yang alim dan berakhlak mulia bertujuan bayi akan mengikut akhlak orang yang membelah mulutnya. Doa dan selawat dibaca semasa menyapu bahan tersebut ke mulut bayi.
             Seterusnya ialah aspek berkhatan, sunat dan tindik. Informan 1 menyatakan adat berkhatan dahulu dilakukan ke atas bayi lelaki. Bayi dikatakan perlu berpantang semasa tempoh selepas berkhatan. Khatan bertujuan membersihkan diri lelaki tersebut agar dapat beribadat dengan sempurna kelak. Sunat pula dilakukan kepada bayi perempuan. Tiada adat yang khusus semasa sunat ini dilakukan. Bertindik juga dilakukan ke atas bayi perempuan. Adat ini dilakukan menggunakan jarum, benang dan kunyit. Tindik bertujuan menambah kemanisan kepada kaum perempuan. Bagi informan 2, khatan untuk bayi lelaki biasanya dilakukan oleh doktor. Tiada majlis khas diadakan semasa khatan dilakukan. Bayi perempuan akan menjalani adat bertindik dan sunat. Tindik memerlukan jarum, benang dan kunyit. Tindik ke atas bayi biasanya dilakukan oleh bidan yang menjaganya. Sunat dilakukan ke atas bayi perempuan dengan tujuan menjadikan diri bayi itu lebih bersih dalaman dan luarannya. Dikatakan juga sunat dapat menerhadkan nafsu bayi tersebut kelak.
            Informan 1 berpendapat adat cukur jambul dilakukan dengan rambut yang dicukur akan ditimbang dan dibandingkan dengan harga emas. Duit dari harga emas itu akan disedekahkan kepada anak-anak yatim. Rambut itu seterusnya ditanam berhampiran dengan pokok pisang dengan tujuan rambut bayi akan lebat semasa tumbuhan kedua. Informan 2 pula berpendapat cukur rambut atau nama lainnya cukur jambul ini biasanya dilakukan oleh orang yang lebih tua. Rambut yang dipotong akan ditimbang dan dibandingkan dengan berat dan harga emas. Harga emas tersebut akan disedekahkan kepada anak-anak yatim. Rambut itu seterusnya akan ditanam. Informan 1 dan informan 2 berpendapat biasanya akan diadakan majlis khas untuk melaksanakan adat ini.
            Aspek seterusnya ialah mandian. Informan 1 menyatakan bayi akan dimandikan dengan air suam. Bayi juga akan diperdengarkan dengan nyayian yang berupa doa kepada bayi. Informan 2 pula menyatakan bayi akan dimandikan dengan air suam. Semasa bayi dimandikan, ada nyanyian khas yang nyanyikan oleh bidan yang memandikan bayi itu. Informan 1 dan informan 2 menyatakan bahawa nyanyian dalah bahasa Melayu itu seperti syair merupakan doa supaya tubuh badan bayi itu sihat dari luaran dan dalaman.
            Semasa ibu berpantang, informan 1 berpendapat bahawa ibu akan berpantang selama 40 hari. Ibu perlu menjalani beberapa proses seperti bertangas, memakai bengkung, dan menyapu pilis. Bertangas bertujuan ingin mengeluarkan darah kotor dari dalam badan ibu. Ibu juga digalakkan memakai bengkung supaya dapat mengekalkan bentuk badan yang cantik. Pilis akan disapu pada dahi ibu bertujuan elak daripada masuk angin. Informan 2 pula menyatakan Ibu akan menjalani cara yang khusus seperti bertangas, mengurut, makan jamu dan memakai bengkung. Ibu perlu berpantang selama 40 sehingga 44 hari. Jamu perlu dimakan dengan tujuan ingin mengecutkan luka-luka yang ada semasa bersalin. Urutan juga perlu dilakukan untuk membuang angina dari dalam badan ibu.









5.2.2    Kaum India
Bil.
Mengenalpasti Adat Selepas Bersalin Yang Diamalkan oleh Kaum Melayu dan Kaum India
Informan 3
Informan 4
1.
Apakah adat yang dilakukan selepas kelahiran bayi?
Pemberian nama, menanam uri, sapuan madu, tindik, mandi minyak, cukur rambut dan ibu berpantang.
Beri nama, tanam uri, mandi minyak, asapkan badan bayi, ibu berpantang, sapuan madu, dan cukur rambut.
2.
Apakah yang dilakukan semasa memberi nama kepada bayi?
Nama diberikan 30 hari selepas kelahiran bayi. Nama biasanya diberi mengikut horoskop.
Nama bayi akan diberikan mengikut neumorologi, horoskop dan zodiak bayi. Nama akan diberikan oleh sami di kuil selepas 30 hari kelahiran
3.
Seterusnya, apakah dilakukan sebelum, semasa dan selepas menanam uri?
Uri akan dibawa balik ke rumah dan dicuci. Uri akan ditanam pada hari yang sama bayi itu lahir.
Sebelum ditanam, uri akan dibasuh menggunakan asam dan garam. Uri akan dimasukkan ke dalam periuk tanah dan ditanam di belakang rumah.
4.
Saya difahamkan semasa membelah mulut, mulut bayi akan disapukan dengan madu. Adakah benar kenyataan itu?
Ya, madu akan disapukan ke dalam mulut bayi. Madu disapukan atas tujuan dan sebab tertentu. Biasanya dilakukan oleh orang yang lebih tua.
Ya, madu digunakan semasa membelah mulut. Manisan lain juga boleh digunakan bagi menggantikan madu.
5.
Baiklah. Bagaimana pula dengan adat berkhatan, sunat dan bertindik?
Khatan dan sunat tiada dilakukan. Tindik akan dilakukan keatas bayi perempuan dan bayi lelaki.
Sunat dan khatan tidak dilakukan ke atas bayi. Hanya tindik sahaja dilakukan kepada bayi. Adat ini menggunakan jarum, kunyit dan benang.
6.
Boleh terangkan tentang adat cukur atau potong rambut?
Rambut akan dipotong oleh sami. Rambut yang telah dipotong akan dihanyutkan di sungai atau laut dengan barang lain.
Rambut akan dipotong sepenuhnya sehingga bayi botak. Rambut akan dipotong oleh sami. Rambut akan dihanyutkan di sungai atau laut.
7.
Benarkah bayi akan dimandikan dengan cara yang khusus?
Ya. Bayi akan dimandikan dengan minyak. Bayia akan diurut sambil dilumurkan dengan minyak. Bayi juga akan dikeringkan dengan asap.
Ya, Bayi akan dimandikan mengikut cara tradisional. Bayia akan dimandikan dengan minyak yang bercampur dengan barang lain. Selepas itu, bayi akan dikeringkan menggunakan asap.
8.
Apakah yang dilakukan semasa ibu berpantang?
Semasa berpantang, ibu tidak dibenarkan keluar rumah.Ibu akan menjalani proses berpantang selama 40 hari. Si ibu perlu makan jamu dan herba yang khas untuk orang berpantang. Ibu juga tidak dibenarkan melakukan aktiviti keagamaan.
Ibu akan menjalani proses berpantang selama 40 hari. Biasanya ibu akan dijaga oleh bidan. Ibu tidak dibenarkan keluar rumah selama tempoh berpantang. Makan dan minum si ibu perlu dijaga sepanjang tempoh berpantang.
Jadual 7 : Kaum India
Jadual 7 menunjukkan pendapat dan jawapan informan yang telah ditemuramah oleh pengkaji bagi mengenalpasti adat selepas bersalin yang diamalkan oleh kaum India. Pengkaji telah menemuramah dua orang wanita India iaitu informan 3 dan informan 4. Informan 3 menyatakan adat yang dillakukan selepas bersalin ialah pemberian nama, menanam uri, sapuan madu, tindik, mandi minyak, cukur rambut dan ibu berpantang. Informan 4 pula menyatakan adat selepas besalin ialah beri nama, tanam uri, mandi minyak, asapkan badan bayi, ibu berpantang, sapuan madu, dan cukur rambut.
            Semasa memberi nama, informan 3 menyatakan biasanya nama diberikan mengikut horoskop. Nama akan diberikan oleh sami 30 hari selepas kelahiran bayi. Informan 4 pula menyatakan nama bayi akan diberikan mengikut neumorologi, horoskop dan zodiak bayi. Nama akan diberikan oleh sami di kuil selepas 30 hari kelahiran. Informan 3 berpendapat nama boleh diberikan tanpa mengikut neumorologi ataupun horoskop.
            Seterusnya ialah proses menanam uri. Informan 3 menyatakan uri akan dibawa balik ke rumah dan dicuci dengan bersih. Uri akan dimasukkan ke dalam periuk tanah dan ditanam. Uri akan ditanam pada hari yang sama bayi itu lahir. Bagi informan 4 pula, sebelum ditanam, uri akan dibasuh menggunakan asam dan garam sehingga bersih. Uri akan dimasukkan ke dalam periuk tanah dan ditanam di belakang rumah. Informan 4 menyatakan ada diantara mereka yang tidak membasuh uri dan terus menanamnya.
            Aspek seterusnya ialah sapuan manisan. Informan 3 menyatakan madu akan disapukan ke dalam mulut bayi. Madu disapukan atas tujuan hidup bayi akan semanis madu itu. Mengikut perubatan pula, madu dikatakan dapat melawaskan pembuangan air seseorang bayi. Biasanya sapuan akan dilakukan oleh orang yang lebih tua. Informan 4 menyatakan madu digunakan semasa membelah mulut. Manisan lain juga boleh digunakan bagi menggantikan madu.
            Dari aspek khatan, sunat dan bertindik, informan 3 menyatakan hatan dan sunat tiada dilakukan. Tindik akan dilakukan ke atas bayi perempuan dan bayi lelaki. Tindik dikatakan dapat memanjangkan umur bayi. Informan 4 menyatakan sunat dan khatan tidak dilakukan ke atas bayi. Hanya tindik sahaja dilakukan kepada bayi. Adat ini menggunakan jarum, kunyit dan benang.
            Menurut informan 3, rambut akan dipotong oleh sami semasa memotong atau mencukur rambut. Rambut dpotong kesemuanya dengan tujuan membuang sial pada bayi. Rambut yang telah dipotong akan dihanyutkan di sungai atau laut dengan barang lain. Informan 4 menyatakan rambut akan dipotong sepenuhnya sehingga bayi botak. Rambut akan dipotong oleh sami dan dihanyutkan di sungai atau laut. Informan 3 dan 4 bersependapat dimana akan berlangsung satu majlis besar-besaran semasa adat ini dilakukan. Majlis ini akan dijalankan beberapa adat lain seperti sapuan manisan, tindik dan memberi nama.
            Dari aspek mandian, informan 3 menyatakan bayi akan dimandikan dengan minyak. Bayi akan diurut sambil dilumurkan dengan minyak. Hal ini kerana, semasa dam rahim ibu, bayi tidak dapat bergerak bebas. Jadi, bayi perlu diurut bagi melonggarkan sendi-sendi pada tangan dan kakinya. Bayi juga akan dikeringkan dengan asap. Informan 4 pula menyatakan bayi akan dimandikan mengikut cara tradisional. Bayi akan dimandikan dengan minyak yang bercampur dengan barang lain. Selepas itu, bayi akan dikeringkan menggunakan asap.
            Dari aspek ibu berpantang, informan 3 menyatakan Semasa berpantang, ibu tidak dibenarkan keluar rumah.Ibu akan menjalani proses berpantang selama 40 hari. Si ibu perlu makan jamu dan herba yang khas untuk orang berpantang bertujuan merawat luka dalaman dan mengecutkan bahagian dalaman si ibu. Ibu juga akan diasapkan bagi mengeluarkan peluh dan toksik dari dalam badan. Ibu juga tidak dibenarkan melakukan aktiviti keagamaan. Hal ini kerana ibu masih dalam keadaan yang kotor. Informan 4 pula berpendapat ibu akan menjalani proses berpantang selama 40 hari. Biasanya ibu akan dijaga oleh bidan. Ibu tidak dibenarkan keluar rumah selama tempoh berpantang. Makan dan minum si ibu perlu dijaga sepanjang tempoh berpantang untuk mengelakkan daripada bentan dan masuk angin.













5.3       Perbandingan Adat Selepas Bersalin bagi Kaum Melayu dan Kaum India.
                        5.3.1    Umum
                                    Jadual 8 menunjukkan pecahan perbandingan adat selepas bersalin bagi kaum Melayu dan kaum India dari aspek umum.

Perkara
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Memuaskan
Setuju
Sangat Setuju
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
Dipengaruhi agama masing-masing

0

0

1

3.33

4

13.33

8

26.67

17

56.67
Dilakukan oleh orang pakar/arif
2
6.67
9
30
4
13.33
8
26.67
7
23.33
Masih ikut adat dahulu
1
3.33
5
16.67
10
33.33
10
33.33
4
13.33
Ada keunikan dan makna
0
0
0
0
5
16.67
12
40
13
43.33
Masih sesuai diamalkan
0
0
3
10
4
13.33
11
36.67
12
40
Jadual 8 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Umum
Rajah 6 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Umum
Jadual 8 menunjukkan ukuran persepsi responden tentang aspek umum dimana adat yang diamalkan dipengaruhi oleh agama masing masing. Daripada 30 orang responden yang disoal selidik, tiada responden yang menyatakan sangat tidak setuju iaitu bersamaan dengan 0%. Seramai seorang responden menyatakan tidak setuju bersamaan dengan 3.33% dan empat orang responden menandakan pada ruangan memuaskan di boring soal selidik bersamaan dengan 13.33%. Bagi responden yang menyatakan setuju dan sangat setuju pula masing-masing mencatatkan seramai lapan orang responden bersamaan dengan 26.67% dan seramai 17 orang responden bersamaan dengan 56.67%. Hal ini kerana ramai responden yang berpendapat ada adat yang dilakukan memang wajib dilakukan azan dan ikamat kepada bayi untuk yang beragama Islam dan pemberian nama mesti mengikut horoskop, zodiak dan neumorologi.
            Dalam aspek umum dimana hanya orang yang pakar dan arif sahaja boleh melakukan adat ini, seramai dua orang responden beramaan dengan 6.67% menyatakan sangat tidak setuju dan sembilan orang responden bersamaan dengan 30% menyatakan tidak setuju. Selain itu, seramai empat orang responden bersamaan dengan 13.33 menyatakan memuaskan untuk pernyataan ini. Seramai lapan orang responden bersamaan 26.67% dan selebihnya seramai tujuh orang bersamaan dengan 23.33% menyatakan sangat setuju. Majoriti menyatakan tidak setuju bagi aspek ini kerana mereka berpendapat semua orang boleh melakukan adat ini kerana ianya mudah untuk dilaksanakan.
            Aspek umum yang menyatakan adat ini masih dilakukan mengikut adat terdahulu mendapat seorang responden bersamaan 3.33% yang menyatakan sangat tidak setuju. Selain itu, terdapat lima orang responden bersamaan dengan 16.67% yang menyatakan tidak setuju. Bagi ruangan memuaskan dan setuju pula mencatatkan jumlah responden yang sama iaitu seramai sepuluh orang bersamaan dengan 33.33%. Selebihnya iaitu empat orang bersamaan dengan 13.33% menyatakan sangat setuju. Ruangan memuaskan dan setuju mencatatkan jumlah tertinngi kerana responden berpendapat bahawa ada adat yang dahulu tidak diikut sepenuhnya dek kerana arus pemodenan yang semakin maju.
            Aspek umum yang seterusnya ialah dikatakan adat yang diamalkan ini ada keunikan dan makna yang tersendiri. Tiada orang bersamaan 0% yang menyatakan sangat tidak setuju dan tidak setuju. Seramai lima orang responden bersamaan 16.67% menyatakan memuaskan dan 12 orang responden bersamaan 40% menyatakan setuju. Selebihnya iaitu 13 orang bersamaan 43.33% menyatakan sangat setuju. Hal ini kerana setiap adat yang dilakukan keatas bayi seperti menyapukan madu ke dalam mulut bayi atau menindik bayi perempuan ada makna dan cara mereka tersendiri mengikut kaum masing-masing.
            Selain itu, pernyataan adat ini masih sesuai diamalkan dalam aspek ini tidak memperoleh sesiapa yang menyatakan sangat tidak setuju bersamaan 0%. Seramai tiga orang responden bersamaan 10% menyatakan tidak setuju dan lima orang bersamaan 16.67% menyatakan memuaskan. Selain itu, 11 orang responden bersamaan 36.67% menyatakan setuju dan 12 orang responden bersamaan dengan 40% menyatakan sangat setuju. Ramai responden berpendapat adat ini masih sesuai diamalkan sehingga sekarang.

5.3.2    Pemberian Nama
Jadual 9 menunjukkan pecahan perbandingan adat selepas bersalin bagi kaum Melayu dan kaum India dari aspek pemberian nama.
Perkara
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Memuaskan
Setuju
Sangat Setuju
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
Diberi tujuh hari selepas lahir
3
10
8
26.67
3
10
11
36.67
5
16.67
Diberi ikut neumorologi dan horoskop
9
30
5
16.67
4
13.33
5
16.67
7
23.33
Diberi sesuai dengan zodiak bayi
9
30
7
23.33
4
13.33
3
10
7
23.33
Jadual 9 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Pemberian Nama
Rajah 7 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Pemberian Nama
Jadual 9 menunjukkan ukuran terhadap aspek pemberian nama. Aspek ini menyatakan nama diberi tujuh hari selepas kelahiran bayi. Seramai tiga orang responden bersamaan 10% yang sangat tidak setuju dan lapan orang bersamaan dengan 26.67% yang tidak setuju dengan kenyataan ini. Seramai tiga orang bersamaan 10% menyatakan memuaskan bagi kenyataan ini. Selebihnya ialah seramai 11 orang bersamaan 36.67% menyatakan setuju dan seramai lima orang bersamaan dengan 16.67% menyatakan sangat setuju.
            Kenyataan seterusnya dalam aspek ini ialah nama bayi akan diberikan mengikut neumorologi dan horoskop. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, seramai sembilan orang bersamaan 30% menyatakan sangat tidak setuju dan lima orang bersamaan 16.67% menyatakan tidak setuju. Selain itu, bagi memuaskan mencatatkan seramai empat orang bersamaan 13.33%. Selebihnya seramai lima orang bersamaan 16.67% menyatakan setuju dan seramai tujuh orang bersamaan 23.33% menyatakan sangat setuju.
            Aspek pemberian nama menyatakan nama diberikan bersesuaian dengan zodiak bayi dan seramai sembolan orang bersamaan 30% menyatakan sangat tidak setuju. Seramai tujuh orang bersamaan 23.33% menyatakan tidak setuju bagi kenyataan ini. Selain itu, seramai empat orang bersamaan 13.33% menandakan pada ruangan memuaskan. Selebihnya menyatakan setuju dan sangat setuju di mana mencatatkan seramai tiga orang bersamaan 10% dan tujug orang bersamaan 23.33% masing-masing.










5.3.3    Menanam Uri
Jadual 10 menunjukkan pecahan perbandingan adat selepas bersalin bagi kaum Melayu dan kaum India dari aspek menanam uri.
Perkara
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Memuaskan
Setuju
Sangat Setuju
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
Ditanam selepas beberapa hari kelahiran
8
26.67
5
16.67
5
16.67
7
23.33
5
16.67
Ditanam bersama barang lain
4
13.33
13
43.33
8
26.67
2
6.67
3
10
Dibasuh sebelum ditanam
3
10
3
10
5
16.67
5
16.67
14
46.67
Jadual 10 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Menanam Uri

Rajah 8 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Menanam Uri
Jadual 10 menunjukkan ukuran terhadap aspek menanam uri. Antara kenyataan dalam aspek ini ialah uri ditanam beberapa hari selepas kelahiran bayi. Seramai lapan orang bersamaan 26.67% menyatakan sangat tidak setuju dan lima orang bersamaan 16.67% menyatakan tidak setuju. Selain itu, seramai lima orang bersamaan dengan 16.67% menyatakan memuaskan. Bagi yang bersetuju pula mencatatkan sebanyak tujuh orang bersamaan 23.33% dan sangat bersetuju seramai lima orang bersamaan dengan 16.67%.
            Aspek ni juga menyatakan bahawa uri ditanam bersama barang lain. Seramai empat orang bersamaan 13.33% sangat tidak bersetuju dengan kenyataan ini manakala seramai tiga orang responden bersamaan 10% sangat bersetuju. Bagi yang tidak bersetuju pula mencatatkan seramai 13 orang bersamaan dengan 43.33% dan memuaskan pula seramai lapan orang bersamaan 26.67%. Selebihnya merupakan jumpah responden yang bersetuju iaitu seramai dua orang bersamaan dengan 6.67%.
            Selain itu juga, apek menanam uri menyatakan uri akan dibasuh sebelum ditanam. Kenyataan ini memperoleh tiga responden bersamaan dengan 10% yang sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju. Bagi memuaskan dan bersetuju pula mencatatkan seramai lima orang bersamaan 16.67%. Selebihnya merupakan responden yang sangat bersetuju di mana mencatatkan sebanyak 14 orang bersamaan 46.67%
                       












5.3.4    Sapuan Manisan
                    Jadual 11 menunjukkan pecahan perbandingan adat selepas bersalin bagi kaum Melayu dan kaum India dari aspek sapukan manisan.

Perkara
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Memuaskan
Setuju
Sangat Setuju
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
Madu disapukan
dalam mulut bayi
0
0
0
0
4
13.33
11
36.67
15
50
Dilakukan oleh orang lebih tua
0
0
1
3.33
3
10
9
30
17
56.67
Manisan lain boleh digunakan
3
10
2
6.67
5
16.67
10
33.33
10
33.33
Jadual 11 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Sapuan Manisan

Rajah 9 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Sapuan Manisan
Jadual 11 menunjukkan ukuran terhadap aspek sapuan manisan. Aspek ini adamenyatakan bahawa madu akan disapukan ke dalam mulut bayi. Kenyataan ini menunjukkan tada orang yang sangat tidak bersetuju dan tidak besetuju bersamaan dengan 0%. Selain itu, seramai empat orang respoden yang menandakan pada ruangan memuaskan bersamaan dengan 13.33%. Daripada 30 orang responden, seramai 11 orang bersamaan 36.67% yang bersetuju dan seramai 15 orang bersamaan dengan 50% yang sangat bersetuju.
            Kenyataan seterusnya dalam aspek ini ialah Biasanya akan dilakukan oleh orang yang lebih tua. Daripada 30 orang responden yang disoal selidik, tiada sesiapa yang menyatakan sangat tidak setuju iaitu bersamaan 0% dan seorang sahaja menyatakan tidak bersetuju bersamaan 3.33%. Seramai tiga orang menyatakan memuaskan bersamaan dengan 10% dan sembilan orang bersamaan 30% menyatakan setuju. Selebihnya menyatakan sangat setuju iaitu seramai 17 orang responden bersamaan dengan 56.67%.
            Aspek sapuan manisan juga ada menyatakan manisan lain boleh digunakan dan seramai tiga orang bersamaan 10% menyatakan sangat tidak setuju. Selain itu, seramai dua orang yang menyatakan tidak setuju bersamaan 6.67% dan lima orang menyatakan memuaskan bersamaan dengan 16.67%. Bagi setuju dan sangat seyuju pula mencatatkan jumlah responden yang sama iaitu sepuluh orang bersamaan dengan 33.33%.

           











5.3.5    Khatan/Sunat/Tindik
            Jadual 12 menunjukkan pecahan perbandingan adat slepas bersalin bagi kaum Melayu dan kaum India dari aspek Berkhatan, bersunat dan bertindik.

Perkara
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Memuaskan
Setuju
Sangat Setuju
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
Tindik ke atas bayi perempuan
1
3.33
6
20
5
16.67
9
30
9
30
Bayi lelaki dikhatan
11
26.67
4
13.33
1
3.33
7
23.33
7
23.33
Bayi perempuan disunat
11
36.67
2
6.67
1
3.33
7
23.33
9
30
Jadual 12 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Khatan/Sunat/Tindik

Rajah 10 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Khatan/Sunat/Tindik
Jadual 12 menunjukkan ukuran bagi aspek menanam uri dengan tiga kenyataan. Kenyataan pertama iaitu tindik ke atas bayi perempuan, tiada seorang pun yang sangat tidak bersetuju bersamaan dengan 0%. Selain itu, seramai enam orang responden tidak bersetuju bersamaan dengan 20% dan lima orang memuaskan bersamaan dengan 16.67% dengan kenyataan ini. Setuju dan sangat setuju mencatatkan jumlah responden yang sama iaitu sembilan orang bersamaan dengan 30%.
            Kenyataan kedua bagi aspek ini ialah bayi lelaki akan dikhatankan di mana seramai 11 orang responden bersamaan 36.67% sangat tidak bersetuju. Seramai empat orang bersaaan dengan 13.33% menyatakan tidak bersetuju dan seorang bersamaan dengan 3.33% menyatakan memuaskan. Bagi setuju dan sangat setuju menunjukkan jumlah responden yang sama iaitu seramai tujuh orang bersamaan 23.33%.
            Kenyataan bayi perempuan disunat memperoleh seramai 11 orang bersamaan 36.67% yang sangat tidak bersetuju dan seramai dua orang responden bersamaan 6.67 menyatakan tidak setuju. Seorang daripada responden menyatakan memuaskan pada kenyataan ini dan tujuh orang bersamaan 23.33% menyatakan setuju. Selebihnya menyatakan sangat setuju untuk kenyataan ini iaitu seramai sembilan orang bersamaan 30%.

           













5.3.6    Upacara Mandi
            Jadual 8 menunjukkan pecahan perbandingan adat selepas bersalin bagi kaum Melayu dan kaum India dari aspek umum.
Perkara
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Memuaskan
Setuju
Sangat Setuju
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
Dimandikan dengan air suam
0
0
1
3.33
4
13.33
13
43.33
12
40
Dikeringkan dengan asap
6
20
8
26.67
1
3.33
6
20
9
30
Dimandikan dengan cara tradisional
2
6.67
7
23.33
6
20
6
20
9
30
Jadual 13 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Upacara Mandi

Rajah 11 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Upacara Mandi
Jadual 13 menunjukkan ukuran bagi aspek upacara mandi. Kenyataan pertama bagi aspek ini ialah bayi akan dimandikan dengan air suam di mana bagi sangat tidak setuju tidak ditanda oleh mana-mana responden bersamaan dengan 0%. Bagi tidak setuju pula, seramai seorang responden bersamaan 3.33% dan memuaskan seramai empat orang bersamaan 13.33%. bagi responden yang setuju mencatatkan seramai 13 orang bersamaan 43.33% dan sangat setuju mencatatkan seramai 12 orang bersaaan 40%.
            Kenyataan seterusnya ialah bayi akan dikeringkan dengan asap. Seramai enam orang menyatakan sangat tidak setuju untuk kenyataan ni bersamaan 20%. Bagi tidak setuju pula mencatatkan seramai lapan orang responden bersamaan 26.67%. Daripada 30 orang responden, seramai seorang bersamaan 3.33% menyatakan memuaskan dan enam orang bersamaan 20% menyatakan setuju. Selebihnya menyatakan sangat setuju iaitu seramai sembilan orang bersamaan 30%.
            Kenyataan terakhir bagi aspek ini ialah bayi akan dimandikan dengan cara tradisional. Seramai dua orang bersamaan 6.67% menyatakan sangat tidak setuju dan tujuh orang bersamaan 23.33% menyatakan tidak setuju. Selain itu, seramai enam orang bersamaan 20% menyatakan memuaskan dan setuju. Selebihnya menyatakan sangat setuju iaitu seramai sembilan orang bersamaan 30%.

           











5.3.7    Cukur/Gunting Rambut
                                    Jadual 14 menunjukkan pecahan perbandingan adat selepas bersalin bagi kaum Melayu dan kaum India dari aspek mencukur atau menggunting rambut.
Perkara
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Memuaskan
Setuju
Sangat Setuju
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
Rambut akan dipotong/dicukur sedikit

5

16.67

2

6.67

1

3.33

9

30

13

43.33
Rambut yang dipotong akan ditanam
6
20
6
20
10
33.33
2
6.67
6
20
Majlis khas diadakan
0
0
2
6.67
4
13.33
11
36.67
13
43.33
Jadual 14 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Cukur/Gunting Rambut

Rajah 12 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Cukur/Gunting Rambut
Jadual 14 menunjukkan ukuran bagi aspek mencukur atau menggunting rambut bayi dimana kenyataan pertama ialah rambut akan dipotong atau dicukur sedikit. Seramai lima orang responden bersamaan 16.67% menyatakan sangat tidak setuju dengan kenyataan ini. Tidak setuju pula seramai dua orang bersamaan 6.67% dan memuaskan seorang persamaan 3.33%. Seramai sembilan orang bersmaan30% menyatakan setuju dan 13 orang bersamaan 43.33% menyatakan sangat setuju.
            Kenyataan seterusnya ialah rambut yang telah dipotong akan ditanam. Seramai enam orang bersamaan 20% menyatakan sangat tidak setuju dan tidak setuju. Bagi responden yang menyatakan memuaskan pula mencatatkan seramai 10 orang bersamaan 33.33%. Dua orang bersamaan 6.67% menyatakan setuju dan enam orang bersamaan 20% menyatakan sangat setuju.
            Kenyataan terakhir bagi aspek ini ialah majlis khas akan diadakan seasa upacara ini dilakukan. Tiada sesiapa yang sangat tidak besetuju dengan kenyataan ini bersamaan 0%. Dua orang bersamaan 6.67% tidak bersetuju dan empat orang responden bersamaan 13.33% menyatakan memuaskan mengenai kenyataan ini. Seramai 11 orang menyatakan setuju bersamaan 36.67% dan 13 orang bersamaan 43.33% menyatakan sangat setuju.













5.3.8    Ibu
            Jadual 15 menunjukkan pecahan perbandingan adat selepas bersalin bagi kaum Melayu dan kaum India dari ibu.

Perkara
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju
Memuaskan
Setuju
Sangat Setuju
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
ƒ
%
Tidak dibenarkan keluar rumah
0
0
1
3.33
5
16.67
8
26.67
16
53.33
Berpantang ikut cara khusus
0
0
1
3.33
2
6.67
12
40
15
50
Tidak boleh lakukan aktiviti keagamaan
2
6.67
6
20
0
0
8
26.67
14
46.67
Jadual 15 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Ibu

Rajah 13 : Perbandingan Adat Selepas Bersalin dari Aspek Ibu

Jadual 15 menunjukkan ukuran tentang aspek ibu dalam kajian ini dimana aspek ini mempunyai tiga kenyataan. Kenyataan pertama ialah ibu tidak dibenarkan keluar rumah selama tempoh berpantang. Daripada 30 orang responden yang telah disoal selidik, tiada seorang pun yang sangat tidak bersetuju untuk kenyataan ini dan seorang responden bersamaan 3.33% menyatakan tidak bersetuju. Selain itu, seramai lima orang bersamaan dengan 16.67% menyatakan memuaskan dan lapan orang bersamaan 26.67% menyatakan setuju untuk kenyataan ini. Selebihnya seramai 16 orang bersamaan 53.33% menyatakan sangat setuju.
            Kenyataan kedua ialah ibu akan menjalani adat berpantang mengikut cara yang khusus diaman tiada seorang pun responden menyatakan sangat tidak setuju. Seorang responden bersamaan 3.33% menyatakan tidak bersetuju dan dua orang bersamaan 6.67% menyatakan memuaskan. Selain itu, seramai 12 orang respoden menyatakan setuju bersamaan 40%. Selebihnya ialah separuh daripada sasaran responden pengkaji iaitu seramai 15 orang bersamaan 50% menyatakan sangat bersetuju dengan kenyataan ini.
            Kenyataan terakhir ialah ibu tidak dibenarkan melakukan aktiviti keagamaan dan dua orang rsponden sangat tidak setuju dengan kenyataan ini bersamaan 6.67%. Seramai enam orang bersamaan 20% menyatakan tidak setuju dan tiada sesiapa menyatakan memuaskan bagi kenyataan ini. Terdapat lapan orang responden bersamaan 26.67% menyatakan setuju dengan kenyataan ini dan hampir separuh daripada kesemua responden sangat bersetuju iaitu seramai 14 orang bersamaan 46.67%.










6.0       RUMUSAN DAN KESIMPULAN.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, didapati bahawa pelbagai upacara dan adat yang dijalankan selepas bersalin bagi kaum Melayu dan kaum India. Bagi kaum Melayu ialah pemberian nama, menanam uri, cukur jambul, berkhatan, bertindik, bersunat, membelah mulut, jejak tanah dan berpantang untuk si ibu. Bagi kaum India pula, mereka akan melakukan upacara pemberian nama, bertindik, menanam uri, mandi minyak, menggunting rambut, menyapukan manisan dan berpantang bagi si ibu. Setiap adat yang dilakukan dikatakan mempunyai sebab, makna dan alasan yang tersendiri.
            Bagi kaum Melayu, nama diberi berdasarkan makna yang baik. Ada yang berpendapat nama diberikan mengikut sunnah-sunnah Nabi. Biasanya nama bayi akan diberikan tujuh hari selepas kelahiran bayi. Bagi kaum India pula, nama diberi megikut neumorologi, horoskop dan zodiak bayi. Nama akan diberikan 30 hari selepas kelahiran bayi. Nama akan ditentukan dan diberikan oleh sami di kuil.
            Penanaman uri bagi kaum Melayu dilakukan mengikut turutan dimulakan dengan membasuh uri tersebut dengan asam dan garam sehingga bersih. Seterusnya, uri akan diletakkan di dalam periuk tanah bersama sama dengan barang lain. Periuk itu akan dibungkus dengan kain putih dan seterusnya ditanam oleh bapa kepada bayi tersebut.. Sebelum ditimbus dengan tanah, periuk tanah yang berisi uri itu perlu diketuk-ketuk sedikit supaya periuk itu retak. Bagi kaum india, mereka tidak membersihkan uri dan terus tanam setelah diisi di dalam periuk tanah. Walau bagaimanapun, ada juga kaum india yang membersihkan uri sebelum menanamnya.
             Mengikut adat kaum Melayu, adat berkhatan ini hanya dilakukan ke atas bayi lelaki. Mengikut adat terdahulu, lelaki akan dikhatankan semasa mereka masih bayi bagi memudahkan penjagaan dan urusan semasa berkhatan. Bayi perempuan pula akan disunat. Bertindik bagi bayi perempuan juga ada dilakukan oleh segelintir masyarakat. Dahulu, mereka menggunakan jarum, benang dan kunyit intuk bertindik. Bagi kaum India, mereka hanya melakukan adat bertindik sahaja. Tindik ini kan dilakukan ke atas bayi lelaki dan bayi perempuan. Tindik dikatakan akan memanjangkan umur bayi tersebut.
            Kaum Melayu juga ada mengamalkan adat membelah mulut atau nama lainnya bertahniq. Adat ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang baik akhlaknya dan orang yang lebih tua atau berpengalaman. Barang yang diperlukan semasa adat ini dilakukan ialah madu, asam, garam dan cili. Barang ini akan disapukan ke dalam mulut bayi. Setiap bahan yang digunakan mempunyai sebab yang tersendiri. Bagi kaum India, mereka juga ada mengamalkan sapuan manisan kedalam mulut bayi. Biasanya mereka juga menggunakan madu. Ada yang berpendapat bahawa manisan lain juga boleh digunakan.
            Selain itu, kaum Melayu jejak tanah juga ada dilakukan ke atas bayi yang sedang memesar. Adat ini memerlukan tanah yang bersih dan diletakkan di dalam dulang. Seterusnya, kaki bayi akan dicecahkan ke tanah dengan bacaan tertentu
            Bagi kaum Melayu, mereka ada menjalankan satu upacara iaitu mencukur jambul. Upacara ini biasanya dibuat secara besar-besaran dengan menjemput saudara mara dan sahabat handai sekaligus memperkenalkan bayi baru kepada mereka. Rambut yang dipotong akan ditimbang dan berat rambut itu akan dibandingkan dengan berat emas dan harga emas itu juga disedekahkan kepada anak yatim. Bagi kaum India pula, dikatakan mencukur rambut ini untuk membuang sial bayi. Upacara ini dilakukan di kuil. Rambut yang telah dipotong akan dihanyutkan ke sungai atau laut.
            Bagi kaum India, mereka ada mengamalkan mandi minyak untuk si bayi. Selepas itu, bayi akan dikeringkan dengan asap kemenyan. Bagi kaum Melayu, ada informan menyatakan tiada adat yang khusus semasa bayi dimandikan cuma sepanjang bidan memandikan bayi, bidan akan menyanyikan lagu berupa doa untuk bayi tersebut. Lagu yang dinyayikan dalam bahasa Melayu itu dikatakan ada makna yang tersurat dan tersirat.
            Bagi kedua-dua kaum, didapati si ibu wajib menjalani proses berpantang. Hal ini bertujuan menjaga kesihatan dalaman dan luaran si ibu pada masa selepas bersalin sehingga masa akan datang.
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, terdapat lapan aspek yang dibandingkan semasa melakukan soal selidik iaitu aspek umum, aspek pemberian nama, aspek menanam uri, aspek sapukan manisan, aspek khatan, sunat dan tindik, aspek upacara mandi, aspek mencukur/gunting rambut dan aspek ibu. Aspek-aspek ini dibandingkan bagi mendapatkan persamaan dan perbezaan adat yang diamalkan oleh kaum melayu dan kaum India.
            Berdasarkan data yang diperoleh, didapati bahawa majoriti menandakan sangat setuju dengan kenyataan adat ini dipengaruhi oleh agama masing-masing dalam aspek umum. Hal ini juga diakui oleh informan 1 yang menyatakan adat ini dipengaruhi oleh pengamal adat itu sendiri seperti cara memberi nama dan menanam uri. Dalam aspek ini, tiada responden yang menandakan pada ruangan sangat tidak setuju pada kenyataan adat ini ada keunikan dan makna tersendiri dan kenyataan adat ini masih sesuai diamalkan. Ini menunjukkan bahawa adat ini mempunyai keunikan dan makna tersendiri juga masih sesuai diamalkan sehingga sekarang.
            Seterusnya aspek pemberian nama. Seramai 16 orang yang bersetuju dengan kenyataan nama diberikan tujuh hari selepas kelahiran bayi. Selebihnya menyatakan memuaskan, tidak bersetuju dan sangat tidak setuju dengan kenyataan ini. Hal ini menunjukkan perbezaan pendapat kerana kaum India memberikan nama 30 hari selepas kelahiran bayi. Jadi yang bersetuju dengan kenyataan ini ialah kaum Melayu.
            Aspek menanam uri menunjukkan majoriti menandakan setuju dan sangat setuju pada kenyataan uri akan dibasuh sebelum ditanam. Hal ini kerana, kaum Melayu dan segelintir kaum India akan membasuh uri sebelum ditanam. Namun, ada segelintir kaum India yang tidak membasuh uri tersebut. Terdapat juga persamaan menyatakan kedua-dua adat kaum ini.
            Selain itu, aspek sapukan manisan menunjukkan ramai responden menandakan setuju dan sangat setuju pada kenyataan sapuan akan dilakukan oleh orang yang lebih tua. Bagi kaum Melayu dan kaum India, adat ini memang dilakukan oleh orang yang lebih berpengalaman, jadi terdapat juga persamaan adat antara kedua kaum ini dari aspek sapukan manisan.
            Seterusnya ialah aspek berkhatan, sunat dan bertindik. Dalam aspek ini, lebih dari separuh resonden yang tidak bersetuju dengan kenyataan bayi lelaki akan dikhatankan dan bayi perempuan akan disunatkan. Hal ini kerana kaum India tidak melakukan adat ini dan pada zaman ini, kaum Melayu jarang melakukan khatan ke atas bayi. Khatan untuk kaum Melayu dilakukan kepada lelaki dalam lingkungan umur lima hingga10 tahun.
            Aspek upacara mandi pula mencatatka 25 orang responden bersetuju dengan kenyataan bayi akan dimandikan dengan air suam. Bagi kaum India, meraka ada melakukan upacara mandi minyak kepada bayi. Mandian ini mengikut cara tradisional masyarakat India. Walau bagaimana pun, hampir setengah daripada bilangan responden yang bersetuju dengan kenyataan bayi akan dimandikan dengan cara tradisional. Wujudlah berbezaan adat antara kaum Melayu dan kaum India dalam aspek ini.
            Aspek mencukur atau menggunting rambut menunjukkan majoriti responden menandakan pada rungan sangat setuju dan setuju pada kenyataan majlis khas akan diadakan dan rambut bayi akan dipotong sedikit. Ternyata ada persamaan diantara kedua kaum ini dalam aspek mencukur atau menggunting rambut.
            Majoriti responden menandakan pada rungan setuju dan sangat setuju pada kenyataan ibu perlu menjalani proses berpantang mengikut cara yang khusus di aspek ibu. Hal ini kerana memang ada penjagaan yang khusus terhadap si ibu bagi memastikan kesihatannya terjaga. Telah wujud juga persamaan antara kaum Melayu dan kaum India dalam aspek dan kenyataan ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya, banyak perkara yang dilakukan selepas bersalin bagi kaum Melayu dan kaum India. Adat ini dikatakan mempunyai makna dan sebab tersendiri. Setiap perlakuan dan upacara yang dilakukan dipercayai akan memberikan kesan yang positif kepada bayi. Dapat disimpulkan juga bahawa terdapat beberapa aspek yang sama diamalkan oleh kedua kaum ini iaitu kaum Melayu dan kaum India. Walaubagaimana pun, ada juga aspek dan adat yang amat berbeza yang diamalkan oleh mereka. Diharapkan supaya adat ini masih terus diamalkan oleh generasi yang akan datang bagi mengekalkan kepelbagaian adat dan budaya dalam negara kita.



Rujukan

K. Anbalakan, 2008. Identiti di Malaysia. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat, 2013. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Laman Web Rasmi http://www.heritage.gov.my
Laman Web Rasmi http://www.jkkn.gov.my
Laman Web Rasmi http://www.myservik.gov.my
Papathy, 2015, Jalan Merak, Kampung Aman. Temuramah. 29 Februari 2015.
Sabariah Abdullah, 2005. Kepercayaan dan Pantang Larang. Siri Kebudayaan Melayu. Selangor : Pustaka Cahaya Intelek.
Sabariah Abdullah, 2005. Adat Kehidupan Seharian. Siri Kebudayaan Melayu. Selangor : Pustaka Cahaya Intelek.
Sapiah binti Abdullah, 2015, Jalan Heman, Kampung Aman. Temuramah. 22 Februari 2015.
Vaneeta, 2015, Jalan Tani, Kampung Aman. Temuramah. 29 Februari 2015.
Zainon binti Omar, 2015, Jalan Upaya, Kampung Aman. Temuramah. 22Februari 2015.


Comments

Popular posts from this blog

Perindustrian di Jerman

Izzatie

Yang Sekarang