Perindustrian di Jerman
Perindustrian di Jerman
Pengenalan
Sebelum tahun 1850, perkembangan ekonomi di Jerman
berkembang perlahan. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor berikut;
- Negara
Jerman belum bersatu
- Kekurangan
kepakaran & teknologi
Oleh itu Jerman telah memperlajari kepakaran teknologi dan
kejuruteraan dari Britain. Ini membolehkan perkembangan pesat jaringan landasan
dan pembinaan kereta api di Jerman. Penyatuan Jerman pada tahun 1870 membawa
kepada kepesatan ekonomi Jerman.
Perkembangan Perindustrian di Jerman
Revolusi Perindustrian turut melanda Jerman. Revolusi ini
meninggalkan kesan kepada Jerman iaitu;
i.Perkembangan sektor perlombongan arang batu dan bijih
Perlombongan arang batu dan bijih besi banyak bertumpu
di Saxony dan Silesia. Ciptaan Siemens dan Martin membawa kepada
peningkatan pengeluaran keluli.
ii. Perkembangan pesat sektor pembinaan kereta api.
Syarikat Krupp merupakan pelopor pengeluar besi di Jerman.
Besi keluaran Jerman dikatakan yang terbaik dan banyak digunakan dalam sektor
pembinaan kereta api.
iii. Perkembangan industri kulit.
Perkembangan ini mendorong kepada perubahan hidup masyarakat
Jerman ke arah yg lebih mewah.
iv. Perkembangan industri tekstil.
IndustrI tekstil
Jerman berkembang pesat terutama di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.
Kemunculan Berlin sebagai pengeluar mesin meningkatkan lagi industri tekstil.
v. Perkembangan industri kimia & elektrik
Banyak syarikat di
Jerman membangunkan makmal penyelidikan sehingga mampu menghasilkan ciptaan
baru. Pada tahun 1900, pewarna sintetik keluaran Jerman telah menguasai pasaran
dunia.
Kepesatan ekonomi perindustrian di Jerman menimbulkan 2
kesan iaitu:
- Jerman
memerlukan pasaran yg lebih luas
- Jerman
memerlukan bekalan bahan mentah
Oleh itu Otto Von Bismarck telah menjalankan dasar
perluasan kuasa. Bismarck kemudian berjaya ;
- Menawan
Barat daya Afrika, Cameron dan Afrika Timur
- Menguasai
Papua New Guinea
- Membeli
Kepulauan Carolina daripada Sepanyol
- Menjalin
hubungan dagang dengan China
Kejayaan Bismarck berjaya meningkatkan pendapatan negara
Jerman. Kekayaan ini digunakan untuk membangunkan negara Jerman terutama dari
segi pembangunan jaringan landasan kereta api.
Kesimpulan
Kepesatan ekonomi di Jerman mendorong kepada perkembangan
perindustrian di negara tersebut. Banyak kilang dibina dan inovasi baru
dicipta di Jerman. Kemajuan yang dikecapi Jerman membolehkannya berjaya
menyaingi Britain sebagai negara industri di Eropah.
Comments
Post a Comment