Yang Sekarang

Assalamualaikum

Baru reread post blog yg sesebelum ni. Dan ketawakan diri sendiri. 😂
Dengan bahasanya. Dengan content yang tak berapa pentingnya. Tapi ini tempat meluahkan. Penting ke tak ini tempat aku kan.

Jadi kali ini luahannya,  pertamanya adalah manusia.
Banyak dah perangai orang aku kenal.
tingkah orang aku perhati.
Cara orang aku tengok.
Macam macam kita ni. Banyak jenisnya. Lain pikirnya. Berbezabeza.
Tak tersamakan.
Walau sering berbual mesra pun kadang bertelagah juga.
Itulah. Manusia. Tak payah tengok jauh. Diri aku sendiri. Aku ada cara aku. Aku ada langkah aku. Cuma seperasan aku. Aku terlalu baik. Menjaga hati dan perasaan yang tak seperlunya aku jaga.
Aku hairan. Kenapa macam ni. Adamungkin ini anugerah atau kelemahan aku.
Mudah percaya orang. Amat mudah. Tapi biasanya orang yang aku nilai itu betul. Seadanya dia. Tapi bagi aku manusia berbeza. Itu manusia. Kita tak perlu sama sekali menilai. Biar dia. Biar apa yang nak dia jadi. Buat apa yg nak dia lakukan. Menilai cuma sekadar untuk berhati hati.

Hairan aku bukan mempertikaikan kenapa Allah wujudkan manusia seperti ini. Ya. Manusia.
Tapi hairan yang kali ini sekadar perkongsian.
Kenapa?
Salah itu dihadapan mata. Tapi juga tetap dilapikkan dek kuasa dan pangkat.
Salah itu terang menyala. Tapi juga tetap ditimbuskan dek cinta yang terpahat.
Apa perlu diadukkan soal peribadi dan peluh mencari rezeki?
Hairan.
Apa perlu dicampurkan soal budi dan tanggungjawab yang sepatutnya?
Peribadi itu cerita sendiri.
Budi itu kadangnya tidak diminta rayu pun.
Dan tiba satu saat, segalanya diungkit ingat.
Segalanya salah dan semuanya bermuslihat.
Tengoklah diri.
Mana jahat kita. Mana salah kita. Mana tugas kita. Mana adab kita. Mana santun bicara. Mana profesi bekerja.
Bukan
Itu salah. Itu jahat. Itu kurang ajar. Itu menjatuhkan. Itu takberprofesi.
Ya.
Tengok diri kita.

And lately. Aku macam terpengaruh dengan kak fynn. Bahasa dia sedap senang. Kadang aku cuba karang puisi. tu bukunya. Indah dia berbahasa. Lengkap dia memesan. Padat dia menasihat.
Dan aku cuba. Menjadi aku yang sekarang. Atas nasihat padat dari buku itu.

Ya. Mungkin itu sahaja. Hahahahaha.. assalamualaikum.

Comments

Popular posts from this blog

Penentangan Terhadap Kuasa Asing Di Sabah (nota sejarah Form 6)

Gerakan Anti-Penyerahan Serawak

Adat Berpantang Selepas Bersalin Kaum Melayu dan Adat Berpantang Selepas Bersalin Kaum India